Selamat Datang Ke Laman Web Surau Al-Jannah Taman Gadong Jaya, Labu
(Surau Solat Jumaat)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera

Jom Baik Pulih & Luaskan Surau Al-Jannah:
Keselesaan Untuk Ummah

"Menambah Ruang, Menambah Pahala"

Setiap langkah menuju surau adalah satu perjalanan menuju pahala. Surau Al-Jannah, Taman Gadong Jaya, Labu, semakin berkembang sebagai pusat ibadah dan kebajikan untuk komuniti setempat. Namun, ruang yang terhad menyukarkan jemaah untuk beribadah dengan selesa, terutama pada waktu solat Jumaat dan majlis ilmu. Kini, surau ini dalam proses penambahbaikan dan pembesaran bagi memberi keselesaan kepada semua.

Mengapa surau ini perlu dinaik taraf?

Limpahan Jemaah Surau Al Jannah Gadong Jaya

01. Jemaah Melimpah Ruang

Setiap solat Jumaat, ramai jemaah terpaksa bersolat di luar kerana kapasiti surau yang terhad.

AL QURAN & TASBIH

02. Menjadi Pusat Ibadah & Komuniti

Surau ini bukan sekadar tempat solat, tetapi pusat pembelajaran, ceramah agama, dan aktiviti kebajikan.

RUANG SOLAT

03. Fasiliti Yang Lebih Baik

Dengan pembesaran ini, surau akan dapat menyediakan kemudahan lebih selesa termasuk ruang solat yang lebih luas dan persekitaran yang kondusif.

PRAYER

04. Sedekah Jariah Yang Berterusan

Setiap derma anda akan menjadi amal yang tidak putus hingga ke akhirat.

Maklumat Penambahbaikan Surau

📍 Lokasi: Surau Al-jannah Taman Gadong Jaya ,Taman Gadong Jaya Fasa 2, Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus

🎯 Sasaran Kutipan: RM500,000

Berikut adalah video limpahan jemaah yang memaksa jemaah terpaksa solat dibahagian kaki lima, bersebelah tandas & dapur surau.

Penambahbaikan Lain-lain:

Bagaimana Anda Boleh Membantu Dalam Penambahbaikan Ini?

Dengan hanya RM1, anda telah menyumbang kepada usaha pembesaran dan penambahbaikan surau ini. Setiap ringgit yang anda infaqkan akan membantu mewujudkan ruang ibadah yang lebih selesa dan kondusif.

Seiiring dengan potongan hadis dibawah:

Pahala belanja dijalan Allah S.W.T berganda...

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Kebenaran Menerima Kutipan Derma Dari JHEAINS

Jom Wakaf & Infak Sekarang!

Tidak perlu menunggu kaya untuk memberi, kerana setiap sen yang kita dermakan hari ini adalah bekalan akhirat yang kekal abadi.


Anda boleh salurkan sumbangan ke akaun:

SURAU AL-JANNAH, TAMAN GADONG JAYA

1102 1396 32

Atau melalui QR Code tertera

Setiap infaq anda adalah pelaburan akhirat. Jadilah antara yang membantu merealisasikan pembesaran Surau Al-Jannah ini demi keselesaan dan manfaat semua.

Semoga setiap sumbangan anda menjadi bekalan menuju syurga. Ameen 🤲✨